-LIHAT - FIKIR - KATA - WAkata...BUKAN SEKADAR KATA

Friday, October 15, 2010

kawan , teman , sahabat

kita tak boleh hidup sendiri
manusia akan lemah bila sendiri
sebab itu manusia mencari kawan
kawan menjadi teman
dan teman jadi sahabat
dalam hidup ini
apa yang kita perlu ialah sahabat yang boleh menyokong kita 
sahabat yang sejati memang susah kita nak jumpa
aku pun cuma jumpa 5 atau 6 orang sahaja kawan yang layak dipanggil sahabat 
seharusnya bila kita dah jumpa sahabat yang baik , hargai dia 
sebab kita takkan tau bila kita perlukan dia
dan kita juga takkan tau bila dia akan berlalu pergi dari hidup kita
apa yang kita perlu ingat cuma satu
kawan gelak ketawa memang ramai
tetapi sahabat untuk menangis bersama mungkin tiada

No comments:

Post a Comment