-LIHAT - FIKIR - KATA - WAkata...BUKAN SEKADAR KATA

Wednesday, October 13, 2010

BOLEH WUJUD ATAU TIDAK PERPADUAN???

malaysia yang kita cinta......


assalamualaikum
sejak 2 ke 3 hari sibuk dalam dewan kuliah aku dengan pembentangan
dan semua lebih kurang sama jer

semuanya pasal perpaduan dan hak melayu
hahaha
aku pun boring dah dengar
yang cina cakap pasal perpaduan dan sama rata
yang melayu pulak sebok cakap hak melayu

hahaha
pening pening
tapi memang ada jugak kebenaran isi pembentangn diorang tu
cuba kita fikirkan
untuk wujudkan sebuah perpaduan yang utuh adalah penting untuk kita menjadi sama
adalah penting untuk kita runtuhkan sempadan yang memisahkan kita
mungkin dari segi cara hidup dan pergaulan memang kita boleh bersama tak kira bangsa atau kaum
tapi sebenarnya masih ada yang memisahkan kita

dan bagi bangsa lain selain melayu dan bumiputra sempadan itu ialah
HAK HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU , KUASA RAJA DAN BAHASA MELAYU
benda ni sebenarnya memang boleh memecah belahkan rakyat malaysia
mereka ini akan merasa bahwa orang melayu diberi layanan istimewa
yang tak dapat mereka rasa


tapi kita sememangnya perlu untuk diberikan hak hak istimewa tu
salah satunya bangsa Melayu lah yang membina tamadun dan kerajaan disini
dan kita boleh dikatakan penduduk asal semenanjung malaysia ni walaupun sebenarnya Parameswara sendiri berasal dari indonesia

kalau Pasal kuasa Raja2 memang kita sebagai orang melayu pun tak boleh nak sentuhla
tapi kalau pasal keistimewaan orang melayu yang lain macam biasiswa, UiTm dan lelain
rasanya kita sebagai orang melayu boleh buat agar sesuatu
apa yang kita boleh buat???
macam yang lecturer aku pernah cakap(Prof Idris Saleh)
keistimewaan yang diberikan kepada orang melayu tu adalah untuk membntu orang melayu pada masa selepas merdeka untuk menjadi bangsa yang boleh berdaya saing di dalam negara Malaysia
pemimpin Melayu terdahulu tak nak lihat orang melayu hidup segan mati tak mahu dalam tanah air sendiri
kenapa macam tu pulak???
sebenarnya pemimpin Melayu dulu nak kita berdaya saing dengan bangsa lain
cina india
tapi macam mana kita nak berdaya saing denagn mereka sedangkan kita tak mampu pun nak duduk sama tinggi dengan mereka
????
jadi sebab tu lah hak hak istimewa ni diberikan

jadi pada pandangan saya
untuk mewujudkan satu perpaduan yang utuh usaha perlu dibuat oleh orang melayu dahulu
macam mana???
dengan menjadi bangsa yang maju dan mampu berdaya saing dengan bangsa lain
dengan itu baru lah hak hak istimewa orang melayu ni boleh diangkat sedikit demi sedikit
yer la waktu tu orang melayu sendiri dah tak perlukan keistimewaan tu
kerana dah boleh berdiri sama tinggi dan bersaing dengan bangsa lain
(melayu dan semua bumi putra)

tapi bangsa bangsa lain di Malaysia ni kena sabar sikit la
bukan senag untuk memajukan bangsa yang dahulunya dibiarkan mundur oleh penjajah
kaum cina dulu dapat perhatian penjajah
jadi bagi la peluang orang Bumiputra plak dapat benda sama

dan bila sampai waktunya nanti InsyaAllah
kita akan berdiri sama tinggi sebagai bangsa Malaysia

No comments:

Post a Comment