-LIHAT - FIKIR - KATA - WAkata...BUKAN SEKADAR KATA

Monday, November 8, 2010

kebaikan disebalik solat di awal waktu(subuh,zuhur)

Assalamualaikum
apa khabar semua
dah solat ker belum???
hahaha
korang mungkn dah kot
hahaha
awal waktu lagi
mesti korang yang pernah belajar agama dulu pernah dengar tentang balasan melewat lewatkan solat macam yang ustaz atau ustazah korang yang dah ajar dulu kan
tapi kali ni BoB taknak la sembang pasal balasan balasan Tuhan
takut la pulak karang
apa kata kita cerita pasal kebaikan solat awal waktu secara saintifik
hahahah
ape lagi
jom lah baca

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?


Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga iorang canilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
patutlah  orang cakap kalau lewat bangun subuh rezeki lari

Waktu Zohor

 Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


dah baca dah???
haaaa
ni baru dua waktu nih
next post bob cerita habis
korang caya tak ni???
hahaha
caya tak caya belakang kira
yang penting korang fikir fikirkan lah yer

1 comment: