-LIHAT - FIKIR - KATA - WAkata...BUKAN SEKADAR KATA

Friday, October 15, 2010

Kemana kita selepas solat Jumaat???

Masjid Sultan Badlishah

assalamualaikum
hari ini ku selamat solat Jumaat dekat masjid Sultan Badlishah dekat UUM ni
alhamdulillah
tapi sewaktu tengah khutbah dan waktu solat aku terperasan sesuatu yang aku rasa amat menakjubkan
kita sebagai Muslim memang selalu bergadus sesama sendiri dalam Malysia ni
tengok la parti politik pun , ada UMNO ada PAS

Umno dengan cara Umno
PAS dengan cara PAS
padahal mereka semua agama dan bangsa yang sama iaitu Islam dan melayu
apa yang aku kagum ialah bagaimana Solat Jumaat ini dapat menyatukan Muslim tak kira bangsa dan agama
walaupun untuk satu jam sahaja
memang menakjubkan
kagum aku bila terdengar suara suara yang bersatu dan teguh sewaktu mengAminkan doa dan melaungkan takbir
seandainya kita bersatu seperti ini
sudah semestinya suara Umat Islam akan di dengari di dunia ini
tetapi kemana kita selepas solat Jumaat
masing masing kembali membawa haluan sendiri
kembali bertelagah , berpecah dan bergaduh
kemana perginya perpaduan yang wujud dalam tempoh masa sejam tu???
pikir pikirkan lah

kalau kita boleh bersatu untuk tempoh solat jumaat kenapa tidak untuk selamanya

No comments:

Post a Comment