-LIHAT - FIKIR - KATA - WAkata...BUKAN SEKADAR KATA

Wednesday, September 1, 2010

jadi penunjuk perasaan pun boleh dapat gaji???

mesti ramai terkejut bila dengar kan
jadi penunjuk perasaan pon boleh buat duit
kalau macamtu boleh la budak budak ipt buat part time
nak carik duet lebih
tapi ini tak berlaku dkat Malaysia
tapi dekat negara jiran kita Indonesia
Baru Baru ni kan kecoh pasal BEDERA buat rusuhan depan kedutaan Malaysia di Indonesia???
terkejut jugak kenapa la ramai sangai orang s
sokong depa buat jahat camtu
takkan ramai sangat tak puas hati kot???
besar sangat ker salah Malaysia???
rupa rupanya diorang ni diupah
dan memang ada agensi yang bekalkan penunjuk perasaan ni

 ni petikan daripada Berita Harian Online 1/9/2010
JAKARTA: Perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan dan pada masa sama menimba ilmu bagaimana berdemonstrasi secara tertib.

Pihak yang memerlukan peserta demonstrasi boleh membuat pesanan untuk pakej lengkap iaitu penunjuk perasaan terlatih, pengangkutan, pemidato, peralatan sistem bunyi, sepanduk dan kenyataan demonstrasi.

Pakej yang ditawarkan sebuah organisasi bagi membekalkan peserta demonstrasi terlatih di sini dikira berdasarkan bayaran untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, iaitu antara Rp1.5 juta hingga Rp2 juta. (RM1 bersamaan dengan Rp2877.5951)
Untuk setiap aksi, seorang peserta boleh mendapat bayaran antara Rp30,000 hingga Rp40,000 dan sebungkus nasi campur.

Seorang pengelola perkhidmatan ini yang dikenali sebagai Aji Kusuma berkata, pakej yang ditawarkannya terdiri daripada peserta terlatih, namun ada pihak lain turut menawarkan peserta demonstrasi berbayar yang tidak terlatih, selain golongan mahasiswa.

"Anggota demo ini pemuda perkotaan, biasanya mereka yang menganggur kita ajak, buat latihan supaya bila demo, mereka faham isi demo itu.

"Biasanya kalau kita mahu melakukan aksi A, beberapa hari sebelum hari A, kita sudah melakukan diskusi. Bahawa kita ke A untuk ini dan ini, kita untuk itu dan itu, jadi, kalau di lapangan ditanya orang, mereka faham semua," katanya.
Beliau berkata, biasanya, bahan taklimat untuk demonstrasi diperoleh daripada pihak yang membuat pesanan.





memang bijak mereka ni
siap boleh buat perniagaan lagi
kesian orang Indonesia
nak carik makan punyer pasal sampai kena jadi pen"demonstrasi"
harap harap malaysia takkan jadi macam tu la


la kena bayar dorang ni rupanya...kalau macam tu tak de la patriotik sangat orang Indon ni.....dorang patriotik terhadap duit je










No comments:

Post a Comment