-LIHAT - FIKIR - KATA - WAkata...BUKAN SEKADAR KATA

Wednesday, September 1, 2010

ingat tak rukun negara???



Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja Dan Negaraa
Keluhuran Perlembagaan
kedaulatan undang undang
kesopanan dan kesusilaan

hahahah
ingat tak ni ape???
ala yang korang tyme sekolah dulu selalu ikrar waktu pagi isnin waktu perhimpunan
tapi ada jugak yang tak ingat
parah tu
x leh jadi orang Malaysia ni
tapi ada jugak yang ingat tapi x paham pun ape bendenyer rukun negara ni
Rukun Negara ni sebenarnye diasaskan pada 1970
tujuannya untuk persefahaman tentang misi negara untukmewujudkan persefaman dan perpaduan antara semua kaum di Malaysia
kalau korang baca sejarah la kan ,rukun negara ni tercetus lepas kejadian 13 Mei 1969Tuhan
ni lah sebenarye antara kandungan dan tujuan 5 perkara tu


Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan .Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai  warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara

Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.


kita hayati tak benda2 ni???
amalkan tak???
pikir pikirkanlah yer
lebih lanjut klik sini

No comments:

Post a Comment