-LIHAT - FIKIR - KATA - WAkata...BUKAN SEKADAR KATA

Wednesday, February 2, 2011

LANGKAH PEMINDAHAN PELAJAR BERMULA


kali ini tak ada apa yang hendak ditulis kritik atau komen 
cuma hendak menyampaikan khabar berita
tentang rakyat Malaysia terutama pelajar di Mesir 
kerajaan malaysia telah bersetuju untuk memindahkan rakyat malaysia yang berada di Mesir


KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat Malaysia yang berlepas ke Mesir tengah hari ini dijangka mengambil masa lima hari untuk operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu ke Jeddah, Arab Saudi.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, operasi tersebut akan bermula secepat mungkin sebaik sahaja pesawat tersebut tiba di Cairo.
“Pesawat C-130 akan beroperasi selama 24 jam berturut-turut tanpa henti bagi memindahkan kira-kira 14,000 rakyat Malaysia yang berada di sana,” katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment