-LIHAT - FIKIR - KATA - WAkata...BUKAN SEKADAR KATA

Sunday, January 30, 2011

IKHLASKAH???

ASSALAMUALAIKUM
sebenarnya saya bukanlah seorang yang pandai dalam agama
saya bukan ahli agama
tapi saya cuma ingin berkongsi pendapat dan bukannya untuk mengeluarkan fatwa atau hukum
masih banyak yang perlu di belajar olah diri ini
tetapi hari ini saya ada terbaca satu artikel dan tertarik dengan secebis petikan artikel itu yang membincangkan tentang Rabiatul Adawiyah
beliau memang dikenali sebgai wanita islam yang patut menjadi contoh
apa yang saya ingin kongsikan disini bukanlah tenang cerita hidup beliau
tetapi tentang doa Rabiatul Adawiyah yang ini.


"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."


subhanAllah
sungguh hebat wanita ini
pegibadatan beliau bukan lah kerana takutkan neraka atau pinginkan nikmat syurga Allah
tetapi pengibadatan beliau ikhlas kerana Allah
memang tinggi iman beliau sekiranya dibandingkan dengan saya mahupun masyarakat Islam ketika ini
untuk renungan kita bersama , ikhlaskah kita dalam beribadah kepadanya ???
adakah kerana takut atau cintakan nikmat???
ingatan ini bukanlah untuk anda yang membaca tetapi ia turut untuk saya kerana saya juga insan seperti anda

kita manusia yang lemah tetapi boleh berubah kepada lebih baik
ikhlaskah kita???
fikir fikirkanlah


No comments:

Post a Comment