-LIHAT - FIKIR - KATA - WAkata...BUKAN SEKADAR KATA

Thursday, November 4, 2010

peperiksaan yang tertangguh....memang menyakitkan hati

assalamualaikum

korang mesti tau kan yang belah utara ni dah banjir

dan sebab aku belajar dekat UUM(Universiti Utara Malaysia)aku pun kna la tempias dia

aku nak type pon dah malas 

bukan aper 

panas jugak la hati ini 

masalahnyer aku dah start study dah 

klo x wat paper langsung sonok r

dah tu cuti sem jadi pendek lak 

study week sekarang dah jadi study month 

jadi gile kot dok dalam di sebulan tak wat paper

waktu siang tunggu malam datang 

waktu malam tunggu balik siang datang 

x der kehidupan kat sini 

hahahaha korang bace jer lah laporan BERNAMA ni



Peperiksaan akhir UUM ditangguh akibat banjir

04/11/2010 6:07pm

ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menangguhkan peperiksaan akhir yang dijadual berlangsung pada Isnin hingga 3 Dis ini atas sebab-sebab keselamatan dan juga banjir.
Naib Canselor UUM Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tarikh baru untuk peperiksaan itu adalah pada 21 November hingga 13 Disember ini.
"Kita membuat keputusan itu selepas mengambil kira nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pusat Gerakan Banjir Negara,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, antara sebab penangguhan peperiksaan itu ialah jalan utama yang menghubungkan UUM dengan Alor Setar yang melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan ditutup dan pada masa yang sama Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga ditutup kerana banjir. - Bernama

inilah benda yanag menyakitkan hati aku

1 comment: