-LIHAT - FIKIR - KATA - WAkata...BUKAN SEKADAR KATA

Friday, October 15, 2010

sibuk, kaya , miskin , rugi , cantik .....apa ukurannya???


dalam hidup kita memang sentiasa sibuk
tetapi siapa orang yang paling sibuk???
dan cantik serta kacak
tak kira la lelaki atau pompuan
tapi apakah ukuran untuk menentukan siapakah yang paling cantik???
dalam hidup kita juga sibuk untuk mengejar kekayaan dan cuba untuk elakkan diri daripada kemiskinan
tapi siapakah yang paling kaya dan siapakah yang sebaliknya???
kita juga kalau boleh memang hendak elakkan diri dripada kerugian
tapi apakah rugi yang sebenar benarnya???
kita juga sering mahukan kediaman yang selesa dan besar....
tetapi apakah selesa dan besar itu hanya bergantung kepada saiz???

ramai manusia yang salah mengukur semua itu
email daripada facebook yng aku kongsikan ini mungkin dapat membantu kita semua menilai dan mengukur nya....
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
untuk renungan bersama
pikir pikir kanlah

No comments:

Post a Comment