-LIHAT - FIKIR - KATA - WAkata...BUKAN SEKADAR KATA

Tuesday, October 26, 2010

KEBAIKAN YANG BOLEH MELEMBUTKAN KEJAHATAN


Assalamualaikum
rasanya dah lama tak mengupdate blog ni
yer la kan
orang demam kena rehat
tak leh lepak depan komputer bebanyak
hahahaha
alasan itu semua
dan kembalinya BOB kali ini nak membawa bersama satu cerita
macam biasalah kan
mari bercerita
nak tau cerita apa???
meh r baca
cam biasa k

cerita ni terjadi di zaman Muhammad SAW
dan contoh teladan yang BOB nak bawak kali ni memang tak lain dan tak bukan ialah baginda sendiri
ceritanya begini......

Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kami dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."
Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu (RA) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"
Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja."
"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?"
Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu.
"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut," pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW."
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA
walaupun sedikit kebaikan tetapi jika ikhlas mampu merubah kejahatan

da habis baca kan??
kita da dapat baca kan macam mana orang yahudi pun kalau diberikan kebaikan yang ikhlas dan suci pun akan jadi baik
ni sebab tak kira la kita ni yahudi ke,kristian ke, islam ker, buddha ke kita semua masih sama dari satu segi iaitu kita semua ni manusia
dan hati manusia ni cenderung ke arah kebaikan
tak caya???
pi la tanya mat mat rempit kat luar tu
diorang nak kawin ngan pompuan camne
mesti diorang jawab yang baik dan bertudung punye
diorang bukan nak kawin ngan bohsia bohsia tu pun
kalau tanya bohsia bohsia tu pun diorang mesti nak lelaki yang baik dan boleh bimbing depa
nampakkan betapa hati manusia ni masih akan tetap ke arah kebaikan walaupun diri sendiri jahat
jadi kita kena sentiasa berbuat baik agar orang pun akan buat baik sekali
jadi semua akan baik
betul tak???
fikir fikirkanlah

No comments:

Post a Comment