-LIHAT - FIKIR - KATA - WAkata...BUKAN SEKADAR KATA

Wednesday, October 20, 2010

KEAJAIBAN AL QURAN BAHAGIAN 1 (KONSEP KESEIMBANGAN)


Assalamualaikum
korang pernah baca Quran tak???
sebagai muslim mesti korang pernah bacakan
kalau tak sekarang mesti dulu dulu waktu kecik korang kena baca kan
kena khatam 2 3 kali
hahaha
tapi silap kita kita baca je
tapi tak pernah faham dan kaji
kalau kita kaji macam macam benda kita boleh xplore dalam Quran tu
kawan aku dekat fb ada hantar email tentang fakta yang boleh buat kita kagum bila baca Quran
mari baca


Subhanallah!
Ajaib tetapi benar!
Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran.
Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
tengok , dalam Quran pun dunia dan akhirat adalah seimbang
jadi kita kena pandai pandaila seimbangkan dua benda ni
jangan sebuk nak ligan(kejar) satu ja

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
ni tengok
bilangan syaitan perkataan malaikat dan syaitan pun sama
kita pilih la sendiri nak ikut mana

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
perkataan hidup dan mati juga dalam jumlah yang sama
ni maknanya kita kena beringat selalu
hidup hidup gak
tapi nanti pasti mati
betol tak kengkawan
semasa boleh sedar n ingat mati ni baik ingat sekarang
lagi baik ingat nak mati sewaktu hidup daripada ingat nak hidup sewaktu mati
betul tak???

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
rugi dan faedah pun dalam jumlah yang sama
maksudnya dalam hidup kita ni pasti ada benda baik dan buruk yang menimpa kita
perkara yang buruk tu mesti datang sekali dengan perkara yang baik
betul tak
contoh la kan
kalau kita takda kereta mungkin kita takkan dapat bergerak bila tyme hujan
tapi kita jugak mudah mencelah bila traffic jam
lagi2 dekat KL tu

kalau kita fikir fikirkan balik memang logik kan apa yang aku cakap kan tu???
kiranya dalam Quran sendiri pun dah ada konsep positif negatif , yin yang , proton  elektron dan memacam lagi lah
fikir fikirkanlah

-post ini diubahsuai dari “The Series Of The Scientific Miracles In Quraan,” oleh Dr. Tariq Al Suwaidan

No comments:

Post a Comment