-LIHAT - FIKIR - KATA - WAkata...BUKAN SEKADAR KATA

Monday, August 30, 2010

KENAPA KITA BERUNTUNG JADI RAKYAT MALAYSIA PADA KETIKA INI???

hari selasa 
macam biasa aku ada kuliah ekonomi pepagi buta ni
dan macam biasa Cik Mahadi ,pensyarah ekonomi aku akan berleter kat lecture hall pasal ekonomi
hari ni dia cakap pasal taraf ekonomi dan kebajikan rakyar Malaysia
dia jugak cakap pasal kejayaan malaysia mendapat ranking ke-37 dalam senarai "Negara Terbaik Dunia" majalah Newsweek dari segi penyediaan ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan kualiti kehidupan
die cakap rakyat Malaysia zaman ni antara rakyat yang paling beruntung di dunia ni
kenapa dia cakap macam tu???
tak percaya ???
ini buktinya

Di Malaysia
Kita mandi pun pakai air yang dirawat 
sedangkan negara lain macam Thailand dan India masih lagi pakai air mentah untuk mandi 
air yang dirawat tu buat minum je
cuba kita fikir, bila kali terakhir kita mandi guna air telaga???
mungkin ada yang tak pernah macam aku
Di Malaysia kita mampu pakai shower airnye pon bersih jernih
zaman zaman dulu atau dekat negara yang masih miskin pakai air yang tak dirawat ,keladak sume jangan cerita la










Di Malaysia
jarang kite dengar ader orang mati sebab demam sekarang(demam denggi lain cerita la)
mati sebab bersalin pon da jarang kite dengar 
sebab taraf perubatan kita dah meningkat 
sedangkan sakit jantung pun boleh diselamatkan lagi
kita sakit sakit sekarang boleh jumpa doktor
tapi orang malaysia zaman dulu dan mereka yang ada dekat negara miskin tu bawak jumpe bomoh jer kalau sakit 
kalau nak beranak bawak pegi jumpe bidan
kita cube fikir bila kali terakhir kita berubat dengan bomoh sepanjang hidup kita???
kalau guna khidmat bomoh ntah betol entah kan tidak






dengan adanya doktor sekarang,penyakit serius pon nampak macam mudah je






















Di Malaysia
ramai budak budak remaja sekarang yang dapat pegang segulung ijazah 
sedang kan dulu dua tiga kerat jer rakyat Malaysia yang dapat peluang macam tu
kalau dekat negara luar plak macam India , Tanzania susah gile diorang nak dapat peluang belajar


Di Malaysia 
sekarang taraf hidup dah semakin tinggi
sampai dah jadi lebih kurang macam negara maju dah 
cik Mahadi cakap kalau budak budak malaysia sekarang kena hantar dekat negara luar yang maju
diorang takkan terkejut beruk macam zaman zaman dia dulu 
sebabnyer persekitaran dekat malaysia ni dah hampir sama dengan negara eropah dah 
Supermarket banyak,makan barat pun da jadi macam makanan ruji masyarakat kita
Pizza, spaghetti , burger dan ape jenis makanan eropah kita dah biasa makan 
kirenyer tak kena la culture shock macam die kene dulu
kalau nampak tesco dekat UK kite pon dah tak kisah sebab dekat malaysia pon dah melambak tesco

dah ramai yang mampu makan pizza
burger?? dekat tepi jalan pon dah ada jual sekarang

hahahahaha
ini baru empat yang die bebelkan pagi tadi 
tapi memang ada betulnya kan
negara kita semakin membangun dan dalam tak sedar kita sudah hampir  setaraf dengan negara maju 
dan kita jugak semakin meninggalkan negara mundur

bersyukurlah dengan apa yang kita ada 
kerana negara kita merdekalah kita mampu menikmati pembangunan sebegini'
pertahankan lah kemerdekaan ini dan jangan sampai kita dijajah lagi
    SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN 
       KE-53 TAHUN

No comments:

Post a Comment