-LIHAT - FIKIR - KATA - WAkata...BUKAN SEKADAR KATA

Saturday, August 21, 2010

datang pergi datang pergi kawan oh kawan

seorang sahabat lama aku telefon tadi 
lama gila tak dengar suara dia 
tiba tiba dia telefon 
rasa terkenang jugak la kisah lama
hahaha lepas dia letak phone je aku terfikir kejap
ramai jugak rasanya member yang aku pernah ada tiba tiba macam hilang dari hidup kita
sebenarnya memang betollah ada membe yang pegi dari hidup kita
tapi kita yang tak sedar bila dan kemane mereka berlepas sebab kita asyik sebok dengan hidup kita
sampai kengkadang terlupa tentang kawan kawan kita
biasa lah tu kia kena megejar impian kan 
dan ade la benda yang kita kena tinggalkan untuk cepatkan langkah kita dalam mengejar impian dan kadang kadang benda tu kawan kawan kita sendiri
cuba kita fikir , berapa banyak kawan yang kita dah buat sepanjang hidup kita????
kawan sekola rendah , kawan sekolah menegah , kawan kolej,universiti, kawan sekerja
macam macam jenis kawan kita jumpa kan???
tapi cuba tengok keliling
siape je yang masih setia berkawan dengan kita???
itu namanya teman sejati 
tapi ni tak bermakna kawan kawan yang dah lama tak contact kita tu tak sejati
cume mungkin dorang da sibuk dan dah punya life sendiri
tapi walau bagaimanapun mereka dan kita tetap berkongsi satu memori yang sama
MEMORI BERKAWAN
dan memeori tu memang berharga dalam hidup ini
sorang sahabat pernah kata dekat aku sesuatu 
"kawan datang , kawan pergi, kekadang kawan datang balik dan kekadang tidak, tapi itu semua tak penting sebab kawan adalah tetap kawan dan kita pernah berkngsi memori yang sama , itu yang penting"
kepada kawan kawan yang pernah datang dalam hidup aku terima kasih aku ucapkan

No comments:

Post a Comment