-LIHAT - FIKIR - KATA - WAkata...BUKAN SEKADAR KATA

Saturday, August 13, 2011

tulisan dari android

Sudah lama aku hilang
Selepas comeback aku yang hangat hangat taik ayam tu aku menulis balik disini
Apa yang berlaku di dunia realiti aku sepanjang aku hilang dari dunia maya ni memang banyak
Semester kedua pelajaran aku dah aku habiskan
Dan yang lebih gembira semester ni aku habiskan dengan jayanya (dapat dean bhai)
Dan sekarang aku beli phone baru
Bukan blackberry(dem ramai gila pakai bb skang) tetapi phone pilihan hati aku ialah samsung galaxy ace dan ia adalah android
Dan sekarang aku menulis blog dengan aplication Blogndroid dan ini memang sesuatu yang baru bagi aku
Hahaha
Aku sebenarnya tak ada isu hendak ditulis tetapi aku saja hendak menulis
Hahaha
Dan hasilnya memang merapu dan aku tak rasa ada yang akan baca
Demm
Haha
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, May 5, 2011

Antara aku dan Allah

"LEK LU , NI ANTARA AKU NGAN ALLAH LA BEB , LU NAK SEBOK MENDE???"

korang pernah dengar tak perkataan ni
aku rasa mesti selalu kan (aku pun selalu pakai)
perkataan ni biasanya dipakai bila ada orang persoalkan sesuatu perkara yang dilakukan dilihat salah dan secara jelas telah melanggar norma norma dan hukum agama
sebagai contoh kita tengok dialog bawah ni
awek 1: kenapa U x pakai tudung wahai awek 2
awek 2: wahai awek 1 , tak pakai tudung bukan tandanya I tak baik dan btw ini antara I dengan Allah

dah baca dah kan dialog diatas(sori aku boleh bagi dialog jer , situasinya korang bayangkan lah sendiri sebab aku bukan mcm Anwar Hadi nak buatkan video untuk korang )
kita nampak kan dengan ayat yang sependek itu kita boleh menghalalkan sesuatu yang tak halal dengan mengambil prinsip berani buat berani tanggung
tapi kita kekadang lupa dengan siapa yang kita perlu berdepan bila kita mati karang
memang lah korang akan kata antara korang dengan Allah tapi anda lupakah siapa Allah itu???
adakah guru disiplin ataupun pengetua sekolah kita???
adakah bapak kita yang garang???
atau adakah supervisor ataupun manager tempat kita bekerja???
BUKAN !!!!!!!
ALLAH itu tuhan kita
pencipta kita, sanggupkah kita terima pembalasan dari Dia???
dan balasan terhadap kesalahan kita nanti bukannya denda ketuk ketampi atau rotan di punggung/ tapak tangan
bukannya ditahan wang saku ataupun dilarang keluar rumah serta leteran yg pedas
bukan juga dipotong gaji ataupun dipecat
tapi balasan atau azab Allah adalah lebih dashat beb
aku nak cerita lebih lebih pun tak tau lah sebab pertama aku bukannya alim ulama ataun bijak pandai dalam agama, aku cuma meluahkan pendapat aku disini
sebab kedua pulak ialah aku pun belum pernah rasa lagi azab Allah tu(insyaAllah tak , harap2 jangan ) jadi tiada kata yang boleh terangkan atau menggambarkan bagaimana seksa Allah itu

*tujuan aku tulis ni bukan sebab nak nganjing org yang free hair , tapi sebagai pringatan kepada semua umat manusia yang melanggar perintah agama agar berenti lah pakai prinsip bangang ni (ingat skit yng lu nak berdepan ni nanti dengan Allah bukannya dengan 77 or 3 line). adalah lagi baik la kalau kita cuba berubah ckit demi sedikt instead of using this principle in our life sebabnya ia menggalakkan kita buat dosa lagi byak dan kurangkan kita punya takut dekat Allah. okeh bebeh mcm besa la pikir pikirkanlah yer jepp


Wednesday, April 13, 2011

UNTUK BACAAN LELAKI SAHAJA| DALAM ISLAM BOLEH JER BERTUKAR PASANGAN KALAU....


assalamualaikum
pergh tajuk memnag cari maut
memnag nak kena libas ngan ustaz ni
tai kalau korang baca tajuk tu kan ada kalau dekat belakang tu
itu tandanya statement aku tak habis lagi
sebenarnya aku nak cakap dalam Islam lelaki boleh jer bertukar tukar pasangan tapi kena nikah empatlah(poligami) betul tak ??
mungkin ramai yang cakap kalau dah nikah tu boleh la kan
memanglah boleh dah hukum kata boleh
tapi meh kita pikir sat macam mana Allah boleh menjadikan sesuatu yang dianggap tak elok di mata masyarakat kepada sesuatu yang bagus
yer la kalau bertukar tukar pasangan sampai empat orang sekali memanglah tak elok tapi dengan adanya pernikahan ia menjadi sesuatu yang elok
dan kita boleh lihat dekat sini sekiranya kita melakukan sesuatu itu mengikut jalan yang betul dan kena dengan hukumnya maka kita akan dapat rahmat dan keberkatan dari Allah dalam hidup sekarang atau pun lepas hidup(maksudnya di alam lainlah)
nak bukti penyataan diatas???
ok dari apa yang kita tahulah kan dari kempen kempen yang dijalankan bahawa antara sebab penyebaran penyakit AIDS dan HIV adalah sebab bertukar tukar pasangan
tapi pernah tak kita terfikir yang kena penyakit ni adalah mereka yang bertukar tukar pasangan tapi tak nikah
dan kalau kita fikirkan lah mereka yang berkahwin lebih dari 1 pun boleh dikira bertukar rukar pasangan
tapi kenapa mereka ni tak kena penyakit HIV atau AIDS (tak pernah dengar lagi dalam berita ada sebut ).
sedangkan pada konsepnya sama mereka ini bertukar tukar pasangan dan perkara yang membezakan mereka adalah adanya ikatan pernikahan
tapi kalau tak mampu jangan mengada ngada la nak nikah banyak , boleh jadi beban pulak kang (nanti bala lain pulak yang muncul)
nampak tak bagaimana dengan mengikut hukum Allah kita boleh mendapat rahmat didunia
rasanya itulah yang nak dikata disini
kalau dah baca macam besa pikir pikirkanlah


*sebenarnya ini lah apa yang pensyarah aku sebut dekat kuliah semalam , aku cuma type jer balik

Monday, April 11, 2011

lecturer soalan dan keaktifan

entry ini untuk pelajar universiti ja (ataupun mereka yang pernah belajar di universiti )
ramai orang kata untuk belajar di universiti ni kena rapat dengan lecturer
kena aktif dalam kelas , kena selalu tanya soalan , bagi pendapat
kena bagi pensyarah kenal muka muka anda yang tak berapa nak kacak tu
baru boleh dapat A subjek tu
betul ke fakta ni???
aku rasa sampah la dowh fakta ni
kalau kelas kecik macam dekat uitm tu boleh la kot(member aku cakap kat uitm banyak kelas kuliah jarang)
canggih dowh lectuer hall dia

tapi kalau macam aku yang memanjang kuliah 300 orang ni macam mana???
adakah lecturer itu akan bagi A kepada mereka yang aktif dalam kuliah???
adakah mereka akan list down mereka yang kuat bertanya., beri pendapat dan len2 ???
aku rasa depa tak da masa kot nak buat macam tu
lagi satu yang paling aku menyampah dengan fakta ni sebab ini namanya diskriminasi
adakah mereka yang diam dalam kuliah ni mereka yang tak guna ???
mungkin mereka ni tak gilakan populariti , tak gila glamer dan tak gilakan markah yang mereka dengar akan dapat percuma dari lecturer tu???
hahahaha
setiap orang ada cara sendiri untuk luahkan pendapat dan bukan dalam kuliah jer boleh luahkan pendapat
ada banya lagi medium untuk luahkan pendapat contohnya macam yang aku buat ni
raanya dah terlampau merapu aku berkata kata dalam WAkata ni
akhir kata dari aku dalam mengaji dekat universiti ni yang penting bukannya keaktifan saja
assgment kena siapkan , final n mid term kena skor baru lah result gempak
mesti ramai kata kan  yang kita ni masuk universiti ni bukan untuk tuntut ilmu akademik jer tapi ilmu kehidupan jugak
bagi aku benda tu salah
sebab ini universiti bukan dunia luar
dan untuk hidup selesa kat dunia luar tu (mengikut realiti zaman sekarang lah ) kita memang perlukan ijazah yang berkualiti , bukan ijazah takat lulus jer memang tercungap cungap lah cari reja kat luar tu (kata orang yang lebih berpengalaman lah dari aku )
itu jer lah yang aku nak bebel kan dekat sini (eh terpromosi nakbebel la pulak)
serius aku dah merapu terlebih ni


-mungkin ada yang hentam aku pasal entri ni tapi itulah pendapat , dan ingat yang penting belajar kerana ALLAH-

Sunday, April 10, 2011

assalamualaikum
apa khabar semua
nampaknya hari ini tak ada apa yang hendak di postkan
tapi bob hari ini ada terjumpa 3 gambar yang gempak (gempak dowh )
gambar yang boleh mengusik kenangan lama di zaman persekolahan
nak tau gambar apa???
mai tengok sat jom

haaa nampak tak gambar ni
artistik dan realistik kan
ini lah gambar puaka puaka jahat dalam dragon ball
sesambil tengok gambar ni teringat pulak zaman sekolah rendah
waktu dragon ball tengah agung dan gemilang
seronok  betul zaman tu
dalam post lain bob akan bawak pembaca semua(mcm byk jer yang baca )menyelusuri jalan penuh memori
hahahaha
ok lah bye y'all

Friday, April 8, 2011

BLOG YANG BERHABUK

menyelusuri jalan berhabuk dan berdebu

(entry pertama setelah 2 bulan)
BLOG SAPA YANG BERHABUK???
blog aku lah blog siapa lagi
seingat aku last entry aku untuk blog ni 2 bulan lepas
kenapa bhai???
dah tak nak berblogging lagi ker????
ker kau dah fed up sebab blog kau tak terkenal ???
ke dah patah hati ngan nuffnang earn yang tak seberapa???
hahaha
bukan lah
bukan itu sebabnya bob berhenti berblogging selama 2 bulan ni. bob pun tak tau apa sebabnya bob malas untuk mengepos entry disini
mungkin dah penat kot  atau memang sudah kekeringan idea nak menulis apa
btw selama 2 bulan ini bob banyak bob study blog orang, travel dan buat beberapa perkara selain berblogging
tapi rasanya dah samoai masa untuk bob gerakkan kembali enjin WAKata yang dah lama tersadai ini
mungkin lambat panas sikit kot entry entry kali ini
feel tak masuk lagi dan agak bosan untuk bermula
'tapi akan dipastikan selepas ini akan ada satu entry untuk setiap hari
(macam zaman dulu2 lah)
btw selamat kembali terhadap diri ini ke alam maya(kalau ada maya karin chanteq gak )

Monday, February 21, 2011

Kisah Kesabaran Ibrahim Bin Adham

assalamuaalikum , dah lama rasanya tak ada cerita dalam blog ini
bukan apa , agak malas sebenarnya, ...hahaha...tapi kali ini bob ada terjumpa satu cerita yang menarik tentang Ibrahim bin Adham dan pengajaran tentang kesabaran beliau 
ok apa kata hampa suma klik read more dekat bawah tu dan baca